assalam dan salam sejahtera rakan2 sekalian...just want to share camne nak buat durian crepe yang hangat diperkatakan sekarang ni..hehe..almaklomlah musim durian runtuh..resepi ni dipetik dari rakan2 yang dah terai buat ...dan saya sendiri telah mencuba dan lihatlah hasilnye..ini tengah mood rajin yea..hehe
Ok..bahan2 yang diperlukan:
Isi durian
250g tepung gandum
250ml santan kelapa atau susu cair
250ml air
sedikit garam
telur 3 biji
1 sudu kecik vanilla
pewarna kuning
250g-300g whipping cream
Mula2 campurkan santan ,tepung gandum,air,sedikit garam,telur,pewarna kuning dan sedikit perasa vanilla untuk hilangkan hanyir telur.kacau rata..Blend aje senang..setelah bancuhan sebati..kemudian ditapis dan rehatkan bancuhan tadi dalam peti sejuk..
Untuk membuat whipping cream..masukkan whipping cream kedalam mangkuk pengadun aluminium.ok nak share petua supaya whipping cream cepat frost ..sejukkan mangkuk pengadun kedalam peti sejuk dan untuk maintain mangkuk pengadun sentiasa sejuk..bole aje direndam didalam air batu semasa proses mengadun whipping cream samada secara manual atau dengan menggunakan mixer..pukul sampai whipping cream mengental...then bole la dimasukkan kedalam peti sejuk sementara nak membuat kulit crepe tu..
Pastu panaskan kuali tanpa minyak dengan api sederhana..masukkan 1 senduk adunan tepung kedalam kuali hingga menjadi crepe..biar sampai masak dan jangan terbalikkan..permukaan atas untuk bahagian luar crepe..dah masak angkat dan biarkan sejuk
Bentangkan crepe yang dah sejuk dan letakkan whipping cream ditengah2 ..bubuh isi durian..tutup isi durian dengan whipping cream dan lipat..
Dah siap..masukkan durian crepe didalam peti sejuk..coz sedap dimakan sejuk..yummy sangat
Bahan2 diatas bole menghasilkan 15 ke 20 keping crepe..
Erm..kepada yang tidak ade mase utk mencube tapi teringin nak rase..bole aje contact my kazen full taim sell yummy deghian crepe ni..ditalian hayat fb Nia Abdullah 019-3480708.(hehe..akak tolon promote gitew)
ini dia deghian crepe buatan tangan Nia Abdullah..gebu kan..makan sekali pasti nak lagi


0 comments:
Post a Comment