BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, 17 April 2013

Puding kastad berkuah

Resepi puding kastad berkuah lemak berkrim disukai ramai

Bahan2 puding
tepung kastad 2 cawan
air 5 1/2 cawan
garam 1 sudu kecil
jagung berkrim 1/2 tin
gula pasir 1/2 cawan
susu cair ideal 1/3 tin

Bahan2 kuah
susu cair ideal 2/3 tin
air 1 tin (guna tin susu ideal)
gula  pasir 1/2 cawan
tepung kastad 1 sudu
* buah-buahan dalam tin spt laici + nanas sebagai penyeri majlis amat dialu-alukan utk dicampurkan dalam hidangan

Cara2 masak puding
satukan bahan2 puding dan masak atas api sehingga masak berkilat.pastu masukkan adunan yang dah masak tadi kedalam acuan ikut suka hati...nak cantik letak dalam acuan kecil2..senang nak makan dan nampak menariks..sejukkan

Cara2 masak kuah puding
satukan bahan2 kuah puding dan masak hingga mendidih...siap..dan  bole dimakan bersama puding dan buah buahan..bole dimakan sejuk atau panas...selamat mencuba

Friday, 12 April 2013

Kek kukus coklat lembap



Bahan2
Tepung kek naik sendiri 2 1/2 cawan
Serbuk koko 1 cawan
Susu pekat manis 1/3 tin
Gula pasir 1 cawan
Telur 2 biji
Minyak masak 1 cawan
Air 2/3 cawan

Topping coklat lava
Serbuk koko 1/2 cawan
Susu pekat manis seenak rase
Air
Butter sesudu supaya topping nampak berkilat dan menariks

Cara2
Pukul telur + minyak masak + gula sampai kembang
Masukkan tepung kek dan serbuk koko sedikit demi sedikit dan putar  sehingga adunan  sebati..
Agak2 dah sebati bolelah dimasukkan kedalam pengukus lebih kurang 45 minit ke sejam.
Cucuk dengan lidi kalu nak tahu kek dah masak atau belom..kalu adunan masih melekat di lidi..kenelah kukus lagi sampai masak..

Cara masak topping coklat
Campurkan serbuk koko + susu pekat + air sikit + butter dan kacau atas api sederhana sehingga likat sikit..pastu bole curahkan atas kek yang dah masak tadi..


Selamat menjamu kek....

Wednesday, 20 March 2013

Cara memujuk anak yang berusia 1 hingga 2 tahun





Anak berusia 1 tahun ke 2 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi
degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
SEKIAN

Tuesday, 5 February 2013

Bio Velocity Sleep Mate


JOM KITE TINJAU APE KEBAIKAN BIO VELOCITY SLEEP MATE NI....


KEISTIMEWAAN
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

MANFAAT
Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

CARA PENJAGAAN
BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari. Dicadangkan cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.

CARA PENGGUNAAN
Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik ini di setiap sudut tilam.

SAIZ
Tilam saiz queen





Medan Tenaga Manusia
Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.

Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.

Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.


Tidur Yang Berkualiti
Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari. 
Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.


BV Sleep Mate
Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.




Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate




erm..kepada rakan-rakan diluar sane yang ingin meningkatkan tahap kualiti kesihatan anda..jom dapatkan bio velocity anda sekarang..