BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, 31 December 2012

JOM HIJRAH 2013




dulu mase bujang..bile dah keje..nak merasa drive kete sendiri..cukup bulan dapat gaji bayar kete,bagi orang tua at least rm200 ke rm300 pon dah bersyukur ..beli keperluan harian..itu ini...bla2..dulu bole enjoy coz dok ngan mak.. takyah kuar duit sewa umah..bila dah merantau kene bayar duit umah sewa sendiri, bayar bill sendiri,makan sendiri...but masa bujang kite enjoy dulu..

siapa yang takde hutang eh? paling tidak pon hutang belajar PTPTN...betul tak..paling kurang pon rm20k.
erm..takpe hutang tetap hutang..masa ni tak banyak lagi komitment.. bole le langsaikan hutang2 yang ade..

then bila dah kahwin..nak ade rumah sendiri plak..hege bole tahan mahal la kan..tapi bank kan ade..bole instalment..kalu area subang pon dah cecah rm150k ke rm180k ..itu baru apartment..kalu umah teres dah cecah rm350k keatas..erm...tapi pasti anda sume nak cari umah yang selesa untuk family kan..erm..hutang lagi..

bila dah ade rumah..takkan kosong aje..bab perabot pulak..kalu  nak beli biar bole tahan lama..bak kata pepatah alah membeli menang memakai..then konon2 bila ade kad kredit memudahkan kite untuk berbelanja..bila dah sweep sini sweep sane..hutang kad kredit pulak..bole bayar lagi..at least minimum payment bulan2..janji tak kene black list udah..huhu

bila dah ade anak..kete nak cari yang lebih selesa pulak. dah tukar kete yang lebih selesa,,bayaran bulanan pon dua kali ganda dari biasa..tapi sume ni untuk keselesaan anak2 jugak..diapers,susu,pengasuh,barang keperluan anak2 pon perlu diambil kira.duit  pengasuh aje dah cecah rm650 sebulan..duit sekolah anak2 lagi..nak masuk tadika aje dah cecah angka ribu untuk masuk..macam nak masuk u..tu baru tadika..lom lagi masuk u..insha allah

gaji suami + gaji isteri..alamak cukup ke nak tampong segala perbelanjaan tu eh..takkan awal bulan dapat gaji..bayar itu ini..bills lagi..ujung bulan harap gaji next month..ulang perkara yang sama bulan berikutnya..orang kata cukup2 makan aje..emergency case..alhamdulillah setakat ni bole la cover..hehe

tapi takkan nak cenggini aje tiap2 bulan.komitment tiap2 bulan makin tambah..tapi gaji takat tu aje..nak harap kenaikan tiap2 tahun tak sama ngan kenaikan perbelanjaan tiap2 bulan..then takkan nak harap makan gaji aje kan..huhu..

So korang pernah alami situasi begini tak?camne nak buat eh..nak dapatkan side income 4 ke 5 angka sebulan..malah bole dapat more than gaji anda sekarang..dulu macam tak percaya..betul ke ni..tapi sekarang tidak was2 lagi..jalannye mudah sahaja..peluang ade didepan mata..Make your 1st step NOW!!!!..just contact me at 012-3627557..I guide U decide...




Tuesday, 25 December 2012

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW


4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.



KEDUA:Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.



KETIGA:Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.



KEEMPAT:Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.


Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…
Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim


“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” – Hadith riwayat Bukhari

Tuesday, 11 December 2012

SAHABAT DAN OVARI CYST..



TESTIMONI PENGGUNA PREMIUM BEAUTIFUL

sahabat dan ovari cyst

Setelah melahirkan..doc detect ade cyst ukuran more than 2cm..then doc suggest to wear premium beautiful..then syukur after 3 month check up balik..so amazing..cyst totally gone..





 
APE ITU FIBROID DAN CYST...

FIBROID kebiasaannya terletak dalam rahim, manakala ‘cyst’ kebiasaannya pada ovari (kiri atau kanan). Dengan kehadiran fibroid, jenis ‘cyst’ ovari yang anda hidapi kebiasaannya ‘endometriotic cyst’.

Selain ‘endometriotic cyst’, ada pelbagai ‘cyst’ lain pada ovari. Punca sebenar kedua-dua penyakit ini (fibroid dan endometriotic cyst) tidak diketahui, tetapi ia berkaitan hormon estrogen yang banyak dihasilkan sewaktu usia reproduktif (bermula baligh sehingga menopaus) tanpa mengira sama ada sudah berkahwin mahupun belum.

Dua penyakit ini sering berkaitan. Rawatan lebih bergantung kepada tanda-tanda dialami seperti sakit dan seumpamanya, saiz serta keperluan kehamilan.

Ia bukanlah barah, namun untuk kepastian sebenar, ia hanya dapat diketahui sewaktu pembedahan dan ujian histopatologi makmal ke atas ‘cyst’ serta fibroid berkenaan.

Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan. Fibroid dan ‘endometriotic cyst’ tidak hilang sendiri. Saiznya dijangka mengecil hanya selepas menopaus (berikutan kekurangan hormon estrogen) ataupun dengan penggunaan ubatan tertentu (buat sementara waktu sahaja).


Pemeriksaan perlu untuk memantau pembesaran saiz serta tanda-tanda berkaitan. Anda berhak membuat sebarang keputusan, tetapi biarlah selepas mendapat penjelasan dan pandangan doktor.


Peringkat lanjut endometriosis mempunyai kaitan dengan masalah kesuburan.

Fibroid pula sebaliknya, ia kebiasaannya tidak menyebabkan masalah kesuburan, kecuali pada kedudukan berhampiran bukaan saluran falopian (dikhuatiri menghalang laluan sperma) atau jika ia membesar ke dalam ruang rahim dan membentuk polip. Ini jarang berlaku.


Sekiranya rakan2 diluar sana ada menghadapi masalah diatas..jom dapatkan premium beautiful anda sekarang..pencegahan awal lebih baik dari mengubati..



Sunday, 9 December 2012

alkisah....



assalam dan selamat sejahtera rakan2 diluar sana..
thanks bebanyak for all your wish..alkisah..sebenarnya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman mase pregnancy. peknen kali ni memang tidak dirancang..tapi syukur sesangat..walaupon mase mengandung mengalami alahan yang teruk sampailah usia kandungan 7 bulan..tuhan itu maha adil..bila tiba untuk melahirkan..tuhan permudahkan proses kelahiran..ini berdasarkan pengalaman sendiri..alhamdulillah..

sebenarnya..gambar scan ni masa mengandungkan anak saya yang ketiga ..aha..sume owang ingat saya ngandung lagi kan..hehe,,tapi takpe...thanks a lots for all  belated wish..saya doakan tuhan makbulkan doa kengkawan diluar sana yang nak tambah zuriat lagi..insyaallah..

pada mulanya..saya memang tidak merangcang untuk peknen masa tu..konon2 nak bagi lebih perhatian kat anak yang pertama dan kedua..almaklomlah setahun satu..memang tak menang tangan mase tu..coz anak pertama baru lapan bulan udah mengandung yang kedua..then mase tu planning nak peknen dlm 4 ke 5 taun lagi..tapi tuhan yang menentukan..

awal Disember 2010..saye disahkan ngandung 2 bulan..tapi mase tu blom scan lagi..just by test pregnancy..memang sah ngandung..morning sickness bole cover lagi..bole pi jenjalan ke cameron..konon2 udara kat sane bole menghilangkan alahan owang ngandung..tapi tidak sama sekali..turun dari cameron..alahan menjadi2..makan minum semua kluar balik..camne ni..rase macam tanak ngandung lagi pon ade..tapi hidup perlu diteruskan..sabar...

13.12.10..keadaan yang sama juga..morning sickness yang teruk..berbanding ngandung first and second...sampai demam..then kene makan ubat demam yang doc bagi..second day..alamak bleeding plak..dalam hati berserah aje pada tuhan..keguguran ke ni..sebelom ni pon pernah bleeding masa ngandung anak kedua ..tapi tak jejaskan kandungan..alhamdulillah..so now 50-50..tapi kene cek jugak kat hospital..tapi just cek kat hospital bersalin biasa..after scan..degupan jantung still ade.. then doc just bagi ubat untuk stop the bleeding..

30.12.10..bleeding again..tak puas hati..terus jumpa doc pakar pulak..coz bab2 cenggini memang tak bole ambil jalan mudah..after scan utk ke sekian kalinye..the doc comfom that the baby still alive..but the other one bleeding..but why..then baru teringat pernah jatuh tergelincir sebelom tu then my rahim takleh support the other one..but syukur another one still alive..then doc terpaksa bagi injection untuk kuatkan rahim..



No 2 bleeding

macam biase..morning sickness still ade..selalu mc aje..minum air pon kuar balik..memang tak larat..akhirnya admit jugak kat spital coz tak cukup air dalam badan..nak wat camne..daripada memudaratkan baby dalam kandungan..layan aje la..8 botol jugak la..tapi yang bestnye bile kat spital..morning sickness dapat dikawal..cukup taim dapat makan..nurse2 pon memang peramah..macam best plak dok kat spital ni..hehe

tapi bila dah balik umah..morning sickness kembali lagi..sampaila umur kandungan 6 ke 7 bulan..pastu makan tak hingat..sume sedap dimata..sehinggalah kandungan masuk 9 bulan.

kali ni memang plan untuk bersalin di hospital kerajaan..layanan yang diberi memang sangat memuaskan..owang cakap..untuk mudah bersalin..digalakkan untuk banyakkan berjalan..apa lagi..minggu2 terakhir menunggu masa untuk bersalin memang banyak bershopping..hehe

tanggal 17.07.11...jam 10 malam..baru balik dari window shopping gitew..udah terasa hendak melahirkan..check in kat hospital jam 12 tengah malam..alhamdulillah baby kuar jam 0453 pagi tarikh 18.07.11. seberat 2.66 kg aje.memang rase baby kecik sangat mase tu.thanks kepada doc Nurul Huda yang telah menyambut kelahiran baby yang chumel tu..

my cute baby..Nur Auni Zahra Azahari
(15min after birth)



3 month old



6 month old



auni with her sister



current picture
rambut still sket aje kan..hehe



Sekian dan jumpa lagi..babay...